Bayangkan betapa tenangnya hati bila boleh baca surah-surah yang banyak fadhilat setiap hari – sebelum tidur, masa tunggu solat, atau bila tengah sunyi seorang diri.
Tak perlu risau terlupa sebab hafalan dah kukuh dalam ingatan.
Lagi best bila dah hafal, boleh hadiahkan pahala bacaan untuk mak ayah, keluarga dan orang tersayang. Setiap kali baca, setiap huruf ada ganjaran. Setiap surah ada kelebihan luar biasa.
Bayangkan setiap ayat yang kita hafal ni akan jadi pendamping di alam kubur, jadi syafaat di akhirat dan sentiasa mengalirkan pahala walaupun kita sibuk dengan urusan dunia.
Masya Allah, best kan?
Buku ini memang dibuat khas untuk orang yang tak pernah hafal pun sebelum ni.
Tak perlu masuk sekolah agama, tak perlu genius sangat, tak perlu hafal sekaligus.
Cukup sekadar ikut teknik yang betul, confirm boleh ingat sampai ke tua!
BAHAGIAN 1 : Teknik hafazan dan jadual harian
Panduan langkah demi langkah serta jadual harian yang memudahkan anda menghafal secara sistematik.
BAHAGIAN 2 : Asas tajwid dengan QR code
Tak pasti sebutan yang betul? Imbas QR code untuk dengar cara sebutan tajwid yang tepat.
BAHAGIAN 3 : Petua hafazan
Strategi dan tips berkesan untuk memastikan hafalan lebih mudah diingat dan tidak mudah lupa.
BAHAGIAN 4 : Fadhilat surah & ayat hafazan
Memahami kelebihan setiap surah yang dihafal serta jadual untuk menghafaz secara berstruktur.
7 Surah pilihan :
⭐ Al Mulk
⭐ Al Waqiah
⭐ As Sajdah
⭐ Ar Rahman
⭐ Al Kahfi
⭐ Yassin
Play video di bawah.
Golongan dewasa yang sibuk
Jika anda bekerja dan mencari kaedah yang mudah untuk menghafal, buku ini sangat membantu. Tak perlu struggle teruk-teruk, cuma luangkan 10 minit lepas solat saja dah boleh kuasai surah-surah penting.
Pelajar sekolah & mahasiswa
Sesuai untuk anda yang mahu menghafal surah pilihan sebagai bekalan di sekolah dan universiti.
Ibu bapa yang mahu latih anak-anak menghafal Quran
Dengan panduan praktikal dari buku ni, anda boleh membantu anak-anak menghafal surah-surah pilihan tanpa rasa tertekan, tanpa masuk kelas khas.
Buku ini juga membimbing ibu bapa langkah demi langkah supaya anda boleh membantu anak-anak menghafal dengan seronok, tanpa perlu pengetahuan mendalam dalam tajwid atau hafazan.
Sesuai untuk beginner, fleksibel, dan boleh disesuaikan mengikut jadual harian keluarga.
Individu yang mahu menambah hafalan
Jika anda sudah hafal sebahagian surah tetapi ingin menambah lagi, buku ini menyediakan struktur hafalan yang tersusun.
Warga emas yang mahu mendekatkan diri dengan Quran
Teknik santai dalam buku ini memudahkan hafalan bagi anda yang ingin menghafal di usia emas.